Hubungan Antara Tahap Kesedaran, Kefahaman dan Amalan Pembuangan Sisa Elektronik Berdasarkan Perspektif Bidang Pendidikan Pelajar dan Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Pengarang

  • Rafiza Binti Kasbun Jabatan Multimedia Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Helyawati Baharudin Jabatan Multimedia Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

DOI:

https://doi.org/10.53840/myjict2-1-166

Kata kunci:

Sisa Elektronik, Bidang Pendidikan, Pengurusan

Abstrak

Sisa Elektronik atau e-waste adalah satu fenomena ancaman alam sekitar tanpa sedar pada masa kini. Kajian terhadap pengurusan sisa elektonik khusus di Malaysia harus diperluaskan lagi supaya ia dapat memberi kesedaran, kefahaman dan amalan pembuangan sisa elektronik dengan betul. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif untuk melihat sejauh mana kesedaran, kefahaman dan amalan pembuangan sisa elektronik berdasarkan perspektif bidang pendidikan pelajar dan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian ini menggunakan persampelan rawak bebas berkelompok. Responden lelaki dan perempuan pelajar dan pensyarah adalah seramai 150 orang. Bilangan sampel kajian yang diambil atau dikembalikan adalah seramai 120 orang responden. Dapatan kajian yang diperolehi ialah wujud hubungan antara kesedaran,kefahaman dan amalan pembuangan sisa elektronik, dan juga wujud hubungan antara kesedaran,kefahaman dan amalan pembuangan sisa elektronik dengan bidang pendidikan pelajar dan pensyarah di KUIS. Dapatan kajian ini menunjukkan secara amnya bahawa tahap kesedaran dan kefahaman di kalangan pelajar dan pensyarah KUIS terhadap sisa elektornik adalah baik namun tahap amalan pembuangan sisa elektronik masih sangat rendah di kalangan responden. Satu kempen atau pendidikan tentang pengurusan sisa elektronik ini boleh diperluaskan ke tahap yang lebih baik iaitu dengan adanya usaha, kempen dan sokongan pengurusan KUIS selaku institusi pendidikan tinggi yang menjunjung Islam sebagai cara hidup yang syumul bukan sekadar terhadap sesama insan tetapi juga terhadap alam sekitar dan bumi yang kian musnah kini. Satu alternatif amalan pembuangan sisa elektronik yang betul perlu dimulakan di institusi pengajian sekaligus ia akan menjadi amalan di dalam keluarga masing-masing dan generasi akan datang.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Rujukan

Tiew, K.G, N.Ezlin, A.B, Hassan, B., Shahrom, M.Z., dan Sarifah, Y. (2009), Implementation of Recycling Municipal Solid Waste at University Campus. Intech.

Japan International Cooperation Agency (JICA).2006The Study On National Waste Minimisation In Malaysia. Yachiyo Engineering Co., Ltd. & Ex Corporation.

Buletin Mutiara (2016), Kempen Kitar Semula di Pulau Pinang: Botol Kaca Terpakai dan Sisa Elektronik dari Isi Rumah. Penang Green Council (PGC).

Ezanee, M.E., Azizi, A. B., dan Santirasegaran, S.R.N (2012). Aplikasi Teknologi ICT Hijau di Pejabat, Journal of Technology and Operations Management 7(1), 63-77 (2012)

Mohamad, B., Aida, N.A., Syed, N.S.H., Zanariah, J., dan Rosli, S., (2014). Hubungan Antara Kefahaman, Kesedaran dan Amalan Teknologi Hijau Berdasarkan Perspektif Etnik di Negeri Melaka. Journal of Human Capital Development ISSN: 1985-7012 Vol. 7 No. 2 July - December 2014

Tan, P.S., dan Norzaini, A., (2011). Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar di Kalangan Pelajar Universiti (The Relationship between Commitment towards Environment and Pro-environment Behaviour among University Students); Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 11 – 22 @2011 ISSN 0128273.

Md. Sahadat Hossain, Sulala M.Z.F. Al-Hamadani, and Md. Toufiqur Rahman (2015) E-waste: A Challenge for Sustainable Development. Journal of Health and Pollution: December 2015, Vol. 5, No. 9, pp. 3-11.

Sivakumaran, S., (2013). E-Waste Management, Disposal and Its Impacts on the Environment. Universal JournRajahal of Environmental Research and Technology. 3 Volume 3, Issue 5: 531-537

Vara Saritha ; KA Sunil Kumar; NV Srikanth Vuppala. (2015). Consumer Attitudes And Perceptions On E-Waste: An Assessment. Journal Management System. Article 4, Volume 1, Issue 1, Winter 2015, Page 31-43

Usha, P.O., (2014). A Survey of Consumer Behavior Towards E-Waste Management In The City of Mumbai. International Journal of Research in Applied, Natural and Social Sciences ISSN(E): 2321-8851; ISSN(P): 2347-4580 Vol. 2, Issue 8, Aug 2014, 1-10

Household E-Waste, Department of Environmental Malaysia. Capaian pada 26 Oktober 2016.

S. Jaibee, A. K. Abd Rahim, F. Mohamad, S. Jamian, S. C. Kiong, Y. Seiji, N. H. Muhd Nor, "Review on Current Status of Waste Electric and Electronic Product in Malaysia", Applied Mechanics and Materials, Vols. 773-774, pp. 898-907, 2015

Osman, N.A., Norazli, O., Roslina, M., & Shreeshivadasan C., (2016). Handling E-Waste in Malaysia, Management, Policies and Strategies., Proceedings of the Eleventh International Conference on Waste Management and Technology

https://www.theatlas.com/charts/SJnIGpIwl, Capaian pada 7 Oktober 2016.

Undang-undang Sisa Elektronik Kuatkuasa Selewatnya Akhir Tahun Depan, (April 2017). Freemalaysiatoday.com

Atsushi Terazono.(2006). Current status and research on E-waste issues in Asia. J Mater Cycles Waste Manag (2006) 8:1–12 Springer-Verlag 2006

John Babington C, Chamhuri Siwar, Ahmad Fariz M, Rawshan Ara B (2010). Bridging the Gaps: An E-waste management and recycling assessment of material recycling facilities in Selangor and Penang. International journal of environmental sciences Volume 1, No 3, 2010

Junaidah Ahmad Kalana(2010). Electrical and Electronic Waste Management Practice by households in Shah Alam, Selangor, Malaysia. International journal of environmental sciences volume 1, no 2 ,2010

Md.Rezaul Hassan Shumon, Shamsuddin Ahmed, Md.Tasbirul Islam(2014). Electronic Waste: present status and future perspective of sustainable management practices in Malaysia.

Diterbitkan

2017-06-22

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Rafiza Binti Kasbun, & Helyawati Baharudin. (2017). Hubungan Antara Tahap Kesedaran, Kefahaman dan Amalan Pembuangan Sisa Elektronik Berdasarkan Perspektif Bidang Pendidikan Pelajar dan Pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Malaysian Journal of Information and Communication Technology (MyJICT), 2(1), 11-21. https://doi.org/10.53840/myjict2-1-166

##plugins.generic.shariff.share##